Pages

Tuesday, August 26, 2014

A Love To Kill

Cerita mengenai seorang lelaki yg sangat macho bg aku.. :p
ala2 gangster, cute, protective.
jatuh cinta sekejap dengan rain.





faisal belek fon aku,dan tnampak gmbr ni.. lama dia belek..
pastu tanya aku, "bila ko tangkap gmbr aku nii?? "
hahaa.. ada iras2 muka dia la tu nak ckp..
sbb tu cair je hati bila tgk cite nii.. ;)

lirik lagu pn touching gler.. sila la menghayati. 


a love to kill ost lee soo young

from heart 






* tgh fefeeling layan korea dokk.. ;p

Thursday, August 7, 2014

Jangan Sesekali Menyakiti Hati Orang Lain




" Janganlah kamu sakiti sesiapa,
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.


Ingatlah, sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu,
dan pasti akan membuat
perhitungan di atas
segala amalan kamu.



Sentiasa bermohon pada Allah, 


Ya Allah bantu aku dalam memelihara lidahku,
bantu aku dalam menjaga perilaku ku.

Hindarilah aku dari menzalimi saudaraku dan dizalimi manusia lain.

amiin..amiin Ya Rabb.



" Jagalah lidahmu kecuali berkata kata yang baik. 
Dengan berlaku demikian, engkau telah mengalahkan syaitan. "




" Hidup jangan menghina orang,Semuanya akan kembali kepada kita di akhirat nanti. "



" Kain yang kotor, perlu direndam dengan air panas,
di rendam clorox, di sental dan di pusing di dalam mesin berkali kali.

Hasilnya, kain tersebut akan menjadi bersih akhirnya.

Begitu juga manusia, selepas melalui ujian, kesusahan, akhirnya mendapat hasil yang baik.

Allah memberi ujian untuk mensucikan hambanya. Menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat sebagaimana kain yang kotor tadi, akhirnya menjadi putih bersih setelah melalui proses yang menyakitkan. "



dr Nota Pemujuk Hati







Mengemis Kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta 
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah 
Luka hati yang berdarah kini jadi parah   

Semalam sudah sampai ke penghujungnya 
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu  
Tak ingin lagi ku ulangi kembali  
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan.. dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas  
Harga selautan syukurku  
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi 

Tuhan.. walau taubat sering kumungkir  
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi  
Bila selangkah kurapat pada-Mu  
Seribu langkah Kau rapat padaku


Mengemis Kasih ( Raihan )

Monday, August 4, 2014

10 Cara / Adab Membaca Al Quran

( dari Ustaz Muhammad Amin )

Surah Thaha ( 1 - 5 ) Ayat Pelembut Hati

Assalamualaikum wbt..
Surah yang baik di amalkan untuk melembutkan hati.

Aku selalu mengamalkan dgn niat utk melembutkan hati sendiri, hati orang sekeliling. 
Mudah2an mendapat hati yang lembut, mudah berbuat baik, beramal ibadat dan mendapat hati yg dekat dgn Pencipta kita. InsyaAllah.. 





Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Sejarah surah ni sebagai pelembut hati adalah apabila Saidina Umar yang sangat garang dan keras hatinya menjadi lembut hati apabila mendengar adiknya membaca surah ini. Lantas terbuka hatinya untuk memeluk Islam. sedangkan sebelumnya beliau sangat marah dgn baginda Rasulullah hingga ingin membunuh baginda Rasulullah yang menyebarkan agama Islam pada waktu itu. Setelah mendapat tahu adiknya sendiri telah memeluk Islam, Saidina Umar pergi ke rumah adik beliau, dan ketika itu beliau mendengar adiknya membaca al quran. 

Antara surah pelembut hati yang lain. :

1. Surah al fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Surah Hasyur ayat 21 - 24. (lauu anzalna.. )
4. Surah Fussilat ayat 29
5. Surah Ali Imran ayat 200
6. Surah al Baqarah ayat 165



Subhanallah.. Semoga bermanfaat. 

Wednesday, July 16, 2014

Munajat seorang hamba


Wahai Allah ampunilah segala dosa dosa kami

Ampunilah Ya Allah segala amanah yang telah kami khianati

Ampunilah Ya Allah segala nikmatMU yang tidak kami syukuri 

Ampunilah Ya Allah segala ujian dan musibahMU yang tidak kami sabar menanggungnya

Ampunilah Ya Allah segala perkataan dan amalan kami yang tidak kami jadikan Engkau sebagai matlamatnya

Ampunilah Ya Allah segala janji yang telah kami mungkiri

amiin amiin ya rabbal alamiin..




Wednesday, June 25, 2014

That why I love him....

* entry kali ini hanyalah catatan dari lubuk hati aku tentang seseorang yang sangat penting dalam diri aku. ;)

Kami berkenalan Feb 2011. Entah bila ia bermula, dan entah bila ia akan berakhir dan bagaimana ia akan berakhir, wallahualam. 

Allah yang memberi rasa sayang, dan di tanganNya jua lah terletaknya jodoh, pertemuan, ajal, serta maut. Aku hanya mampu berserah disamping memohon untuk dikuatkan hati atas apa jua dugaan yang mendatang. 

Aku tulis entry ini bukanlah untuk bjiwang kere bagai or nk menceritakan kisah hangat hangit kami. Aku tulis entry ini kerana nak mengekspresikan rasa salut serta kagum aku dengan perilaku dia yang bg aku susah nak jumpa pada orang lain. 



Dia, 

Seorang yg sangat mementingkn keluarga. 


Sebagai seorang penjawat awam, adalah mnjadi kebiasaan mereka akan mmbuat loan utk tujuan2 ttntu. ttp spnjg mngenali dia, bukan lah dia yang aku knali sbg seorang yg membuat loan untuk tujuan hiburan atau melunaskan kehendak sendiri semata2. Sebaliknya, jika dia buat loan, dia akn mengutamakan keperluan keluarga dn menunaikan kehendak keluarganya dahulu berbanding dirinya sndri. 


Sedangkan aku sllu mendengar keluhannya, jika ketika bhenti berehat dari membuat rondaan, dia kebosanan kerana tidak mmpunyai android @ tel pintar kerana kwn2nya akn mnghabiskn masa smbil bermain tel canggih masing2, sedangkan tel dia hnyalah nokia hitam putih shj. 


Kehendak mempunyai kereta hasil duit sendiri juga stlh 4tahun lbh bkhdmat barulah tercapai. itupun hanyalah kereta biasa2 tidak se gah rakan2 lain yang lebih menggilai honda itu dan ini. Bak katanya, 'biarlah, mereka teda keluarga untuk ditanggung. '


Alasan dia sanggup bersusah payah begini, kerana dia bekerja berjauhan dgn keluarga untuk mmberi kesenangan dan mmbantu keluarganya. sedangkan aku tau, di dlm hatinya dia tlalu  rindu bsama dgn keluarganya. Mereka bukanlah jenis keluarga yang biasa bjauhan antara satu sama lain. Ikatan kekeluargaan antara mereka sangat kuat hingga aku sebagai orang luar yg hanya beberapa hari tinggal di rumah mereka pun jatuh sayang dengan keluarga mereka. Tak macam keluarga kami yang ayah aku lebih menggalakkan anak2nya belajar bdikari sendiri. :)



Dia, 

Seorang yang sangat penyabar. 


Penyabar sebagai seorang kekasih dan sebagai seorang manusia. Dari dia juga, aku belajar menjadi penyabar, dan lebih matang. Dia selalu sabar dgn ketidak sabaran aku. Bkali aku menghapuskan telefon dia, jatuh dalam jamban, aku buang, dan bbagai2 kejadian lagi, sedikit pun aku tidak dimarahi. 



Huhh.. penyabar kann?? that why i love him.. hehe..


Dia bersabar ketika orang mengata dia. Dia bersabar jika dirinya terasa tidak dihargai. Aku hanya mampu mendengar luahan hati nya.



Dia,

Seorang yang tidak pandai berdendam.


Walaupun orang lain buat dia macam2, mengata @ apa2 yang buat dia macam serik atau sakit hati, tp sekejap lps tu jika orang tersebut minta tolong dgn dia @ dia berdepan dengan orang tu, dia akan melupakan semua yang da blaku. Seolah2 orang tersebut tidak pernah bbuat apa2 salah dgn dia. 


Perangai dia ni kadang2 buat aku yang rasa geram lebih. Tp itulah pelajaran dari dia yang aku dapat. Dia mengajar aku supaya sentiasa berbuat baik dengan orang lain, walaupun orang tersebut bkelakuan buruk dengan kita. Jangan sesekali kita menunjukkan perlakuan buruk kita dengan orang lain.



Or in other word, don't show our bad side to other people.



Dia,

Seorang yang murah hati.



Sepanjang mengenali dia, dia memang jenis yang tak pandai berkira dan tak lokek. Kalau ada duit la.. kalau takda duit pn xlokek jugak. Kalau rm10 yang ada di tangan, bahagi dua la kami, sorang rm5. Time2 susah macam tu la.. time2 senang, sama2 senang.  ;) InsyaAllah...



Dia, 

Seorang yang penyayang dan romantik.. 


Dia sangat sayangkan mami dadi dia, sangat sayangkan adik beradik dia, dan keluarga dia. 

Kalau bab romantik tu xya citer la.. kang muntah lak.. hehee.. tp we romance in difference way.kami kasar but sweet, always fight, always laugh,always bubling tu each others, but we are deeply in love. 




Tuesday, June 10, 2014

Universiti Kehidupan

puisi dari Ustazah Norhafizah Musa


Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki,  
Lalu, dari mana kita belajar ikhlas? 
Jika semua yang kita impikan segera terwujud, 
Lalu, dari mana kita belajar sabar? 
Jika setiap doa kita terus dikabulkan, 
Lalu, dari mana kita dapat belajar ikhtiar?
  
Seorang yang taat pada Allah,  
bukanlah beerti tidak ada cacat dan kekurangan.  
Seorang yang tekun berdoa, 
 bukan beerti tidak ada masa-masa sulit. 


Ketika kerjamu tidak dihargai
saat  itu kamu sedang belajar tentang ketulusan 
Ketika usahamu di nilai tidak penting 
saat itu kamu sedang belajar tentang keihklasan 
Ketika kamu lelah dan kecewa
saat itu kamu sedang belajar tentang kesungguhan
Ketika kamu sedang membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung 
saat itu kamu sedang belajar tentang murah hati dan derma

Hari - hari yang dilewati sejak ini harus diingat
bahawa kita sedang menimba ilmu dalam Universiti Kehidupan.






Thursday, June 5, 2014

Pengharapan PadaMU


Ya, Allah… pengharapanku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung, tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh.

Mehnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada seseorang dengan tujuan untuk mendidiknya. 

Allah mendidik  manusia   melalui ‘subjek’ yang bernama kematian, kesakitan, kegagalan dan kehilangan.”



Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun


Bila Allah sayang,
Allah beri hati yang mengingati..
Acap kali Allah uji dengan musibah untuk memaksa hati kita untuk mengingatiNya.

Benarlah,  
Bila Allah sayang Allah uji.
Dan benarlah,
Ada jannah di sebalik musibah. 

Petanda Hati Yang Sihat

Puisi Maulana Jalaludin Rumi


Orang yang senang melihat, nikmat melihat dan menyebut nyebut kebaikkan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. 
Disini anggerik, disana melati
Dimana-mana sahaja mata memandang yang nampak hanya bebunga yang indah mekar, harum dan mewangi. 


Sebaliknya orang yang gemar melihat aib dan kejelikkan orang lain 
 Fikirannya hanya diseluputi oleh aneka keburukkan.
Sementara hatinya dikepung oleh prasangka-prasangka buruk.
Kerana itu, kemana-mana pun matanya melihat,yang nampak hanyalah ular, kala jengking, duri dan sebagainya. 
Dimana sahaja ia berada sentiasa takkan pernah menikmati keindahan hidup ini. 



Hati yang sihat, sentiasa senang melihat kebaikkan orang lain.Benar, kita hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan tidak sempurna. Oleh itu, didiklah diri dan perilaku kita bermula dari menjaga hati kita. 

Aku berpesan pada diri sendiri juga, supaya menghindarkan diri dari terlalu mengambil tahu urusan orang lain, dan sibukkan diri melihat dan memperbetulkan diri sendiri. 

Jika kita nampak keburukkan pada orang lain, itu petandanya hati kita masih kotor. 






" Untuk memperbaiki manusia, baiki dulu hatinya.. Untuk memperbaiki hatinya, baiki dulu  solatnya.. " 



Thursday, May 22, 2014

Mencari Bahagia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Catatan ringkas untuk dishare dan di ingatkan semula kepada kita semua. 
Walaupun kita dah tau formula2 ni semua, tapi fitrah kita sebagai manusia, 
bila kita tengah emosi, marah dan sedih, kita xingat dah semua ni.. 

Sebab tu menjadi kebiasaan aku, bila rasa sedih atau kecewa, aku akan buka balik notebook aku, dan reset balik emosi aku. 

Bukanlah aku yang pandai sangat mengilhamkan ni semua, tapi ni semua hasil nota dari ceramah2 yang aku ikuti dari ceramah Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Ebit dan mcm2 lagi. Semua penceramah2 ni sangat memberi impak positif dalam diri aku. 

Dan dengan medium ni, semoga semua dapat berkongsi ilmu dan menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup kita di dunia yang sementara ini.. 



Kurangkan 4M untuk bahagia :


1. Menyesal 


2. Mengeluh


3. Merungut


4. Mengumpat



Berdoalah setiap hari :

" Ya Allah, Jadikanlah diriku ini gembira hanya dengan-MU,dimana aku tidak perlukan mahkluk, hanya memerlukan Pencipta. " 


  • Doakan orang yang kita dengki @ orang yang mempunyai perselisihan dengan kita. (paling tidak, sedekahkan al fatihah)
  • Lihat kebaikkan orang lain. jangan pernah bajet bagus,dan terasa diri kita baik dan sempurna. Biar kita menganggap diri sendiri buruk.
  • Setiap hari, lihat cermin dan bersyukur. Maafkan semua orang. 
  • Carilah kebahagiaan kita dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain.

" Kita tidak akan tenang jika kita tidak menenangkan orang lain,

Kita tidak akan bahagia jika kita tidak membahagiakan orang lain,

Kita tidak akan bebas jika kita tidak membebaskan orang lain. " 




Wednesday, May 21, 2014

Hobi dan kegemaran

Hobi dan kegemaran... Memang dari kecik2 lagi aku mesti ada notebook. 

aku suka mencatat, merekod apa sahaja yang terjadi (pengalaman pahit / manis ), apa yang aku dengar yang aku suka pn aku akn catat. dan aku ada rekod turun naik markah keputusan ujian setiap mata pelajaran aku dari darjah 3 hingga habis spm.heee..

aku buat sendiri graf turun naik tu. hehe.. walaupun kadang2 ada keputusan yang tak memberangsangkan, tapi xtau kenapa aku suka buat tu sume. xtunjuk pun kat sape2, hanya utk diri sendiri je.. nak kata utk study hard lg, mcm tak la berapa sgt. hehe... 


Lately (2,3 tahun) ni, aku suka layan ceramah2 pulak, dan suka catit apa ilmu2 yang dberikan.
dari ustaz kazim, ustaz azhar idrus, ustaz don, ustaz pahrol, ustazah nor hafizah musa, dan prof muhaya, ustaz Ebit lew dan skg tgh musim ustaz muhammad abdullah amin pulak. Alhamdulillah,banyak ilmu yang dapat, dan aku memang sukakan ilmu. Harap satu hari nnt aku akan betul2 istiqamah dengan ilmu2 yang aku dapat. 

Ada masa nanti, insyaAllah, aku share sikit2 ilmu2 yang aku dapat. :)

Dan perancangan aku nanti, InsyaAllah kalau diberi rezeki Allah, bila ada anak nanti, nak buat rekod untuk anak2 aku. Ni aku dengar dari ceramah Ustaz Ebit Lew, 

Imam Hassan Albana, dia membuat sendiri catatan peribadi @ fail peribadi untuk setiap anak2 nya, dari hari kelahiran, sifat anak2 ketika kecil, sakit yang dialami, dos ubat, kenangan pahit manis anak2nya, sikap. dan kelak apabila anak beliau berkahwin, beliau menyerahkan fail peribadi tersebut kepada pasangan anak2 beliau.

haaa... macam best kan?? hehe.. hopefully betul2 lah cik dya ni dapat buat.


k.lah.. tu sahaja untuk entry ni. ;)

ps: still godek2 blog ni n blaja2 nak hias blog ni cantik2 cam blog adda, seri n lain2.. ^___^



" Sesamar2 tulisan lebih baik dari sekuat2 ingatan... " 


Tuesday, May 20, 2014

Syair Terakhir Iman Syafi'e

Syair yang sangat menyentuh hati setiap kali mendengarnya. betul2 sangat memberi kesan kepada aku. Bkobar2 rasa insafnya. (tapi masih lg wat jahat tu.. =,=") Begitu tawadu' nya beliau sedangkan dirinya Imam besar yang sgt terkenal. ni syair sebelum Imam Syafie rahimahullah.Sama2 lah kita hayati syair ini, dan di ambil pengajaran dari nya. Syair ini dnyanyikan semula oleh Muhammad Ubaid, suara dia menambahkan lg feeling syair ini.. 




 " Buat jiwa jiwa yang merindui pertemuan dengan Tuhannya.Buat hati hati yang ingin selalu dekat dengan Tuhannya.Buat para pendosa yang selalu menyesali dosa-dosanya.Buat mereka yang mengharap rahmat dari Tuhannya. "



ILAIKA
Kepada-MU


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunan-MU

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan-MU dan Keampunan-MU adalah rahmat dan kemuliaan



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga Yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus dihari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosa itu memasukkan diriku ke dalam neraka



فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut / mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bila dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasih ku, Engkaulah tempat aku meminta dan berharap


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunanMU yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
.