Pages

Thursday, May 22, 2014

Mencari Bahagia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Catatan ringkas untuk dishare dan di ingatkan semula kepada kita semua. 
Walaupun kita dah tau formula2 ni semua, tapi fitrah kita sebagai manusia, 
bila kita tengah emosi, marah dan sedih, kita xingat dah semua ni.. 

Sebab tu menjadi kebiasaan aku, bila rasa sedih atau kecewa, aku akan buka balik notebook aku, dan reset balik emosi aku. 

Bukanlah aku yang pandai sangat mengilhamkan ni semua, tapi ni semua hasil nota dari ceramah2 yang aku ikuti dari ceramah Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Ebit dan mcm2 lagi. Semua penceramah2 ni sangat memberi impak positif dalam diri aku. 

Dan dengan medium ni, semoga semua dapat berkongsi ilmu dan menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup kita di dunia yang sementara ini.. 



Kurangkan 4M untuk bahagia :


1. Menyesal 


2. Mengeluh


3. Merungut


4. Mengumpat



Berdoalah setiap hari :

" Ya Allah, Jadikanlah diriku ini gembira hanya dengan-MU,dimana aku tidak perlukan mahkluk, hanya memerlukan Pencipta. " 


  • Doakan orang yang kita dengki @ orang yang mempunyai perselisihan dengan kita. (paling tidak, sedekahkan al fatihah)
  • Lihat kebaikkan orang lain. jangan pernah bajet bagus,dan terasa diri kita baik dan sempurna. Biar kita menganggap diri sendiri buruk.
  • Setiap hari, lihat cermin dan bersyukur. Maafkan semua orang. 
  • Carilah kebahagiaan kita dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain.

" Kita tidak akan tenang jika kita tidak menenangkan orang lain,

Kita tidak akan bahagia jika kita tidak membahagiakan orang lain,

Kita tidak akan bebas jika kita tidak membebaskan orang lain. " 




Wednesday, May 21, 2014

Hobi dan kegemaran

Hobi dan kegemaran... Memang dari kecik2 lagi aku mesti ada notebook. 

aku suka mencatat, merekod apa sahaja yang terjadi (pengalaman pahit / manis ), apa yang aku dengar yang aku suka pn aku akn catat. dan aku ada rekod turun naik markah keputusan ujian setiap mata pelajaran aku dari darjah 3 hingga habis spm.heee..

aku buat sendiri graf turun naik tu. hehe.. walaupun kadang2 ada keputusan yang tak memberangsangkan, tapi xtau kenapa aku suka buat tu sume. xtunjuk pun kat sape2, hanya utk diri sendiri je.. nak kata utk study hard lg, mcm tak la berapa sgt. hehe... 


Lately (2,3 tahun) ni, aku suka layan ceramah2 pulak, dan suka catit apa ilmu2 yang dberikan.
dari ustaz kazim, ustaz azhar idrus, ustaz don, ustaz pahrol, ustazah nor hafizah musa, dan prof muhaya, ustaz Ebit lew dan skg tgh musim ustaz muhammad abdullah amin pulak. Alhamdulillah,banyak ilmu yang dapat, dan aku memang sukakan ilmu. Harap satu hari nnt aku akan betul2 istiqamah dengan ilmu2 yang aku dapat. 

Ada masa nanti, insyaAllah, aku share sikit2 ilmu2 yang aku dapat. :)

Dan perancangan aku nanti, InsyaAllah kalau diberi rezeki Allah, bila ada anak nanti, nak buat rekod untuk anak2 aku. Ni aku dengar dari ceramah Ustaz Ebit Lew, 

Imam Hassan Albana, dia membuat sendiri catatan peribadi @ fail peribadi untuk setiap anak2 nya, dari hari kelahiran, sifat anak2 ketika kecil, sakit yang dialami, dos ubat, kenangan pahit manis anak2nya, sikap. dan kelak apabila anak beliau berkahwin, beliau menyerahkan fail peribadi tersebut kepada pasangan anak2 beliau.

haaa... macam best kan?? hehe.. hopefully betul2 lah cik dya ni dapat buat.


k.lah.. tu sahaja untuk entry ni. ;)

ps: still godek2 blog ni n blaja2 nak hias blog ni cantik2 cam blog adda, seri n lain2.. ^___^



" Sesamar2 tulisan lebih baik dari sekuat2 ingatan... " 


Tuesday, May 20, 2014

Syair Terakhir Iman Syafi'e

Syair yang sangat menyentuh hati setiap kali mendengarnya. betul2 sangat memberi kesan kepada aku. Bkobar2 rasa insafnya. (tapi masih lg wat jahat tu.. =,=") Begitu tawadu' nya beliau sedangkan dirinya Imam besar yang sgt terkenal. ni syair sebelum Imam Syafie rahimahullah.Sama2 lah kita hayati syair ini, dan di ambil pengajaran dari nya. Syair ini dnyanyikan semula oleh Muhammad Ubaid, suara dia menambahkan lg feeling syair ini.. 




 " Buat jiwa jiwa yang merindui pertemuan dengan Tuhannya.Buat hati hati yang ingin selalu dekat dengan Tuhannya.Buat para pendosa yang selalu menyesali dosa-dosanya.Buat mereka yang mengharap rahmat dari Tuhannya. "



ILAIKA
Kepada-MU


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunan-MU

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan-MU dan Keampunan-MU adalah rahmat dan kemuliaan



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga Yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus dihari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosa itu memasukkan diriku ke dalam neraka



فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut / mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bila dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasih ku, Engkaulah tempat aku meminta dan berharap


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunanMU yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
.






Monday, May 19, 2014

Future Preparation

Currently listening tu " Seni Mengawal Rumahtangga " by Ustaz Muhammad Amin.

Cewaah.. 
dpt la beberapa input. tulis sikit dlu. nanti share lg. ada banyak sebenarnya, tp xdapat nak spend time sangat untuk tulis blog, tak baik curik tulang sangat. :p


Doa Pengantin Kepada Diri dan Pasangannya

 Apabila seseorang di antara kalian telah melangsungkan akad nikah dengan seorang perempuan hendaklah mengucapkan :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ 
Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepadaMu dari kejelekan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.

" Jangan cari suami yg baik.. tetapi bsedialah menjadi isteri yang baik.. " - ustaz pahrol mohd Juoi

Friday, May 9, 2014

I'm coming again...

Dimulakan dengan بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum semua rakan2 yg baik hati..


Setelah keboringan yg amat sangat, aku decide nk menjebakkan diri utk start blogging again.
Even tho sebelum ni da ada blog da, tp quit sebab aku ni tak brapa pandai sangat nk menulis, dan mengarang ayat. so ni nak starting again. Hopefully kali ni bartahan la.. at least smpai 5entry ke. hehe..

So, memandangkan nk karang2 ayat mmg xpandai, jd dringkas kan nk buat blog niat nk share apa2 yg bermanfaat utk orang lain. share kesukaan aku. and share anything yg boleh d share. :)

Ok! cekidautttt!!! (^___^)//