Pages

Tuesday, May 20, 2014

Syair Terakhir Iman Syafi'e

Syair yang sangat menyentuh hati setiap kali mendengarnya. betul2 sangat memberi kesan kepada aku. Bkobar2 rasa insafnya. (tapi masih lg wat jahat tu.. =,=") Begitu tawadu' nya beliau sedangkan dirinya Imam besar yang sgt terkenal. ni syair sebelum Imam Syafie rahimahullah.Sama2 lah kita hayati syair ini, dan di ambil pengajaran dari nya. Syair ini dnyanyikan semula oleh Muhammad Ubaid, suara dia menambahkan lg feeling syair ini.. 




 " Buat jiwa jiwa yang merindui pertemuan dengan Tuhannya.Buat hati hati yang ingin selalu dekat dengan Tuhannya.Buat para pendosa yang selalu menyesali dosa-dosanya.Buat mereka yang mengharap rahmat dari Tuhannya. "



ILAIKA
Kepada-MU


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunan-MU

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan-MU dan Keampunan-MU adalah rahmat dan kemuliaan



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga Yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus dihari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosa itu memasukkan diriku ke dalam neraka



فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut / mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bila dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasih ku, Engkaulah tempat aku meminta dan berharap


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunanMU yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
.






No comments:

Post a Comment