Pages

Thursday, June 5, 2014

Petanda Hati Yang Sihat

Puisi Maulana Jalaludin Rumi


Orang yang senang melihat, nikmat melihat dan menyebut nyebut kebaikkan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. 
Disini anggerik, disana melati
Dimana-mana sahaja mata memandang yang nampak hanya bebunga yang indah mekar, harum dan mewangi. 


Sebaliknya orang yang gemar melihat aib dan kejelikkan orang lain 
 Fikirannya hanya diseluputi oleh aneka keburukkan.
Sementara hatinya dikepung oleh prasangka-prasangka buruk.
Kerana itu, kemana-mana pun matanya melihat,yang nampak hanyalah ular, kala jengking, duri dan sebagainya. 
Dimana sahaja ia berada sentiasa takkan pernah menikmati keindahan hidup ini. 



Hati yang sihat, sentiasa senang melihat kebaikkan orang lain.Benar, kita hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan tidak sempurna. Oleh itu, didiklah diri dan perilaku kita bermula dari menjaga hati kita. 

Aku berpesan pada diri sendiri juga, supaya menghindarkan diri dari terlalu mengambil tahu urusan orang lain, dan sibukkan diri melihat dan memperbetulkan diri sendiri. 

Jika kita nampak keburukkan pada orang lain, itu petandanya hati kita masih kotor. 






" Untuk memperbaiki manusia, baiki dulu hatinya.. Untuk memperbaiki hatinya, baiki dulu  solatnya.. " 



No comments:

Post a Comment