Pages

Tuesday, August 26, 2014

A Love To Kill

Cerita mengenai seorang lelaki yg sangat macho bg aku.. :p
ala2 gangster, cute, protective.
jatuh cinta sekejap dengan rain.





faisal belek fon aku,dan tnampak gmbr ni.. lama dia belek..
pastu tanya aku, "bila ko tangkap gmbr aku nii?? "
hahaa.. ada iras2 muka dia la tu nak ckp..
sbb tu cair je hati bila tgk cite nii.. ;)

lirik lagu pn touching gler.. sila la menghayati. 


a love to kill ost lee soo young

from heart 






* tgh fefeeling layan korea dokk.. ;p

Thursday, August 7, 2014

Jangan Sesekali Menyakiti Hati Orang Lain




" Janganlah kamu sakiti sesiapa,
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.


Ingatlah, sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu,
dan pasti akan membuat
perhitungan di atas
segala amalan kamu.



Sentiasa bermohon pada Allah, 


Ya Allah bantu aku dalam memelihara lidahku,
bantu aku dalam menjaga perilaku ku.

Hindarilah aku dari menzalimi saudaraku dan dizalimi manusia lain.

amiin..amiin Ya Rabb.



" Jagalah lidahmu kecuali berkata kata yang baik. 
Dengan berlaku demikian, engkau telah mengalahkan syaitan. "




" Hidup jangan menghina orang,Semuanya akan kembali kepada kita di akhirat nanti. "



" Kain yang kotor, perlu direndam dengan air panas,
di rendam clorox, di sental dan di pusing di dalam mesin berkali kali.

Hasilnya, kain tersebut akan menjadi bersih akhirnya.

Begitu juga manusia, selepas melalui ujian, kesusahan, akhirnya mendapat hasil yang baik.

Allah memberi ujian untuk mensucikan hambanya. Menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat sebagaimana kain yang kotor tadi, akhirnya menjadi putih bersih setelah melalui proses yang menyakitkan. "



dr Nota Pemujuk Hati







Mengemis Kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta 
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah 
Luka hati yang berdarah kini jadi parah   

Semalam sudah sampai ke penghujungnya 
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu  
Tak ingin lagi ku ulangi kembali  
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan.. dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas  
Harga selautan syukurku  
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi 

Tuhan.. walau taubat sering kumungkir  
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi  
Bila selangkah kurapat pada-Mu  
Seribu langkah Kau rapat padaku


Mengemis Kasih ( Raihan )

Monday, August 4, 2014

10 Cara / Adab Membaca Al Quran

( dari Ustaz Muhammad Amin )

Surah Thaha ( 1 - 5 ) Ayat Pelembut Hati

Assalamualaikum wbt..
Surah yang baik di amalkan untuk melembutkan hati.

Aku selalu mengamalkan dgn niat utk melembutkan hati sendiri, hati orang sekeliling. 
Mudah2an mendapat hati yang lembut, mudah berbuat baik, beramal ibadat dan mendapat hati yg dekat dgn Pencipta kita. InsyaAllah.. 





Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Sejarah surah ni sebagai pelembut hati adalah apabila Saidina Umar yang sangat garang dan keras hatinya menjadi lembut hati apabila mendengar adiknya membaca surah ini. Lantas terbuka hatinya untuk memeluk Islam. sedangkan sebelumnya beliau sangat marah dgn baginda Rasulullah hingga ingin membunuh baginda Rasulullah yang menyebarkan agama Islam pada waktu itu. Setelah mendapat tahu adiknya sendiri telah memeluk Islam, Saidina Umar pergi ke rumah adik beliau, dan ketika itu beliau mendengar adiknya membaca al quran. 

Antara surah pelembut hati yang lain. :

1. Surah al fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Surah Hasyur ayat 21 - 24. (lauu anzalna.. )
4. Surah Fussilat ayat 29
5. Surah Ali Imran ayat 200
6. Surah al Baqarah ayat 165



Subhanallah.. Semoga bermanfaat.