Pages

Thursday, May 5, 2016

Rinduuu..



Mak..

Dya tatap gambar raya kita sekeluarga. Sedondon baju hijau.
Mak tersenyum manis. Ayah smart je kat sebelah.. nampak muda ayah time ni.
Anak2 mak, dya, abg ajid, daya pun senyum je. Semua comel2. Jelas nampak bahagia. Time tu akak raya rumah mertua.

Time raya, mak mesti sediakan baju anak2 mak. Selalunya mesti pakai seragam.. hihi.. rindunya dekat mak.. :"(

Mak, tak ada yg dapat gantikan mak. Kami rindu mak.

Rindu masakkan mak. Rindu celoteh mak. Rindu semua tentang mak.

Anak mak ni jarang ada masa dengan mak dulu. Sibuk sek asrama, bila cuti sekolah pulak p KL tolong mak ngah meniaga. Lps SPM sambung belaja kat perak pulak.

Sekarang dya da kerja, dya xsempat nk belikan mak baju, beg tgn. Dya xsempat bawak mak naik kereta dya. Dya xsempat nk hadiah kan mak barang kemas macam mak belikan utk anak2 mak.

Dya doakan mak kesayangan dya ni ditempatkan dikalangan orang orang yang disayangi Allah, dilapangkan kubur mak. dya sayang mak. Rindu mak..

Semoga kita sekeluarga dapat berjumpa disana nanti. Aminn..




Tak lama lagi hari ibu, 9tahun yang lepas pun mak pergi semasa hari ibu. 13 May 2007.