Pages

Thursday, August 25, 2016

Amalan Pelindung Diri


Dari Jin / 'Ain / Hasad Dengki Manusia 


1. Menjadikan Ayatul kursi sebagai amalan @ zikir 

- Amalan yang paling mudah dan bagus. Baca paling kurang pagi dan petang.



2. Berselawat Nabi 



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad


- Rasulullah SAW bersabda, Allah Ta'ala berfirman bhw:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”  



3. Zikir Mathurat 


- Membaca zikir mathurat pagi dan petang.

kalau baca zikir mathurat, potong da point 1 & 2 atas. sebab da include semua package doa dalam zikir mathurat ni. 
Tapi saya highlight kan di sini amalan untuk PELINDUNG DIRI
  • Al Fatihah
  • Al Baqarah :1-5
  • Al Baqarah : 255 (Ayatul Kursi)

Ayatul Kursi (Al Baqarah 255)

  • Al Baqarah : 256 - 257
  • Al Baqarah : 284  -286 
  • 3 Qul; 
    • Surah Al-Ikhlas, 
    • Surah Al-Falaq, 
    • Surah An-Nas. 

  • Doa Elak Jahat Makhluk 


"(Kami ucapkan) Dengan nama Allah yang segala sesuatu di langit mahupun di bumi tidak akan memberikan apa-apa mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." 


Fadhilat Wirid 

Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya. (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) 



  • Doa Elak Mudharat


بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى الاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّميْعُ العَلِيْمِ

“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” 



" Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikitpun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " 


Fadhilat Wirid

Dari Utsman bin ‘Affan ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: 

“Tidaklah seorang hamba membaca pada pagi setiap hari dan petang tiap malam: Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi Maha Mengetahui. (3X), nescaya tidak ada sesuatu pun yang mencelakakannya."
(Riwayat Imam At Tirmdizi dalam Sunannya, Kitab Ad Da’awat ‘an Rasulillah Bab Maa Ja’a fi Ad Du’a Idza Ashbaha wa Idza Amsa, No. 3448) 


Ref :
https://www.youtube.com/watch?v=157rYcR0Hlw
www.m-
mathurat.com/p/senarai-doa-doa-al-mathurat-sughro.html





No comments:

Post a Comment