Cerita mengenai seorang lelaki yg sangat macho bg aku.. :p ala2 gangster, cute, protective. jatuh cinta sekejap dengan rain.
faisal belek fon aku,dan tnampak gmbr ni.. lama dia belek.. pastu tanya aku, "bila ko tangkap gmbr aku nii?? " hahaa.. ada iras2 muka dia la tu nak ckp.. sbb tu cair je hati bila tgk cite nii.. ;)
Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. "
Sentiasa bermohon pada Allah,
Ya Allah bantu aku dalam memelihara lidahku,
bantu aku dalam menjaga perilaku ku.
Hindarilah aku dari menzalimi saudaraku dan dizalimi manusia lain.
amiin..amiin Ya Rabb.
" Jagalah lidahmu kecuali berkata kata yang baik.
Dengan berlaku demikian, engkau telah mengalahkan syaitan. "
" Hidup jangan menghina orang,Semuanya akan kembali kepada kita di akhirat nanti. "
" Kain yang kotor, perlu direndam dengan air panas,
di rendam clorox, di sental dan di pusing di dalam mesin berkali kali.
Hasilnya, kain tersebut akan menjadi bersih akhirnya.
Begitu juga manusia, selepas melalui ujian, kesusahan, akhirnya mendapat hasil yang baik.
Allah memberi ujian untuk mensucikan hambanya. Menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat sebagaimana kain yang kotor tadi, akhirnya menjadi putih bersih setelah melalui proses yang menyakitkan. "
Assalamualaikum wbt.. Surah yang baik di amalkan untuk melembutkan hati.
Aku selalu mengamalkan dgn niat utk melembutkan hati sendiri, hati orang sekeliling.
Mudah2an mendapat hati yang lembut, mudah berbuat baik, beramal ibadat dan mendapat hati yg dekat dgn Pencipta kita. InsyaAllah..
Maksudnya:
Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Sejarah surah ni sebagai pelembut hati adalah apabila Saidina Umar yang sangat garang dan keras hatinya menjadi lembut hati apabila mendengar adiknya membaca surah ini. Lantas terbuka hatinya untuk memeluk Islam. sedangkan sebelumnya beliau sangat marah dgn baginda Rasulullah hingga ingin membunuh baginda Rasulullah yang menyebarkan agama Islam pada waktu itu. Setelah mendapat tahu adiknya sendiri telah memeluk Islam, Saidina Umar pergi ke rumah adik beliau, dan ketika itu beliau mendengar adiknya membaca al quran.
Ya, Allah… pengharapanku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung, tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh.
Mehnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada seseorang dengan tujuan untuk mendidiknya. Allah mendidik manusia melalui ‘subjek’ yang bernama kematian, kesakitan, kegagalan dan kehilangan.”
Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun
Bila Allah sayang,
Allah beri hati yang mengingati..
Acap kali Allah uji dengan musibah untuk memaksa hati kita untuk mengingatiNya.
Orang yang senang melihat, nikmat melihat dan menyebut nyebut kebaikkan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah.
Disini anggerik, disana melati
Dimana-mana sahaja mata memandang yang nampak hanya bebunga yang indah mekar, harum dan mewangi.
Sebaliknya orang yang gemar melihat aib dan kejelikkan orang lain
Fikirannya hanya diseluputi oleh aneka keburukkan.
Sementara hatinya dikepung oleh prasangka-prasangka buruk.
Kerana itu, kemana-mana pun matanya melihat,yang nampak hanyalah ular, kala jengking, duri dan sebagainya.
Dimana sahaja ia berada sentiasa takkan pernah menikmati keindahan hidup ini.
Hati yang sihat, sentiasa senang melihat kebaikkan orang lain.Benar, kita hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan tidak sempurna. Oleh itu, didiklah diri dan perilaku kita bermula dari menjaga hati kita.
Aku berpesan pada diri sendiri juga, supaya menghindarkan diri dari terlalu mengambil tahu urusan orang lain, dan sibukkan diri melihat dan memperbetulkan diri sendiri.
Jika kita nampak keburukkan pada orang lain, itu petandanya hati kita masih kotor.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Catatan ringkas untuk dishare dan di ingatkan semula kepada kita semua. Walaupun kita dah tau formula2 ni semua, tapi fitrah kita sebagai manusia, bila kita tengah emosi, marah dan sedih, kita xingat dah semua ni.. Sebab tu menjadi kebiasaan aku, bila rasa sedih atau kecewa, aku akan buka balik notebook aku, dan reset balik emosi aku. Bukanlah aku yang pandai sangat mengilhamkan ni semua, tapi ni semua hasil nota dari ceramah2 yang aku ikuti dari ceramah Prof Muhaya, Ustaz Pahrol, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Ebit dan mcm2 lagi. Semua penceramah2 ni sangat memberi impak positif dalam diri aku. Dan dengan medium ni, semoga semua dapat berkongsi ilmu dan menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup kita di dunia yang sementara ini..
Kurangkan 4M untuk bahagia :
1. Menyesal
2. Mengeluh
3. Merungut
4. Mengumpat
Berdoalah setiap hari :
" Ya Allah, Jadikanlah diriku ini gembira hanya dengan-MU,dimana aku tidak perlukan mahkluk, hanya memerlukan Pencipta. "
Doakan orang yang kita dengki @ orang yang mempunyai perselisihan dengan kita. (paling tidak, sedekahkan al fatihah)
Lihat kebaikkan orang lain. jangan pernah bajet bagus,dan terasa diri kita baik dan sempurna. Biar kita menganggap diri sendiri buruk.
Setiap hari, lihat cermin dan bersyukur. Maafkan semua orang.
Carilah kebahagiaan kita dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain.
" Kita tidak akan tenang jika kita tidak menenangkan orang lain,
Kita tidak akan bahagia jika kita tidak membahagiakan orang lain,
Kita tidak akan bebas jika kita tidak membebaskan orang lain. "
Syair yang sangat menyentuh hati setiap kali mendengarnya. betul2 sangat memberi kesan kepada aku. Bkobar2 rasa insafnya. (tapi masih lg wat jahat tu.. =,=") Begitu tawadu' nya beliau sedangkan dirinya Imam besar yang sgt terkenal. ni syair sebelum Imam Syafie rahimahullah.Sama2 lah kita hayati syair ini, dan di ambil pengajaran dari nya. Syair ini dnyanyikan semula oleh Muhammad Ubaid, suara dia menambahkan lg feeling syair ini..
" Buat jiwa jiwa yang merindui pertemuan dengan Tuhannya.Buat hati hati yang ingin selalu dekat dengan Tuhannya.Buat para pendosa yang selalu menyesali dosa-dosanya.Buat mereka yang mengharap rahmat dari Tuhannya. "
Currently listening tu " Seni Mengawal Rumahtangga " by Ustaz Muhammad Amin. Cewaah.. dpt la beberapa input. tulis sikit dlu. nanti share lg. ada banyak sebenarnya, tp xdapat nak spend time sangat untuk tulis blog, tak baik curik tulang sangat. :p
Doa Pengantin Kepada Diri dan Pasangannya
Apabila seseorang di antara kalian telah melangsungkan akad nikah dengan seorang perempuan hendaklah mengucapkan :
Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepadaMu dari kejelekan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.
" Jangan cari suami yg baik.. tetapi bsedialah menjadi isteri yang baik.. "
- ustaz pahrol mohd Juoi
Dimulakan dengan بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum semua rakan2 yg baik hati..
Setelah keboringan yg amat sangat, aku decide nk menjebakkan diri utk start blogging again.
Even tho sebelum ni da ada blog da, tp quit sebab aku ni tak brapa pandai sangat nk menulis, dan mengarang ayat. so ni nak starting again. Hopefully kali ni bartahan la.. at least smpai 5entry ke. hehe..
So, memandangkan nk karang2 ayat mmg xpandai, jd dringkas kan nk buat blog niat nk share apa2 yg bermanfaat utk orang lain. share kesukaan aku. and share anything yg boleh d share. :)